Monday, May 14, 2012

Tutup Cerita Hudud, Sila bukak cerita Undang-undang Syariah.

"Undang-undang Islam di Malaysia Prinsip dan Amalan Perkataan hudud nih sudah menjadi  negatif dikalangan orang islam mahupun bukan Islam, sedangkan hudud tu maksudnya Had, tetapi perkataan Hudud itu digembar-gemburkan seolah-olah ianya tidak relevan dengan masyarakat majmuk malaysia. Jadi, sudah tiba masa nya kepimpinan PAS menggunakan cerita baru, tajuk baru untuk menegakkan undang-undang Allah dibumi malaysia. Gunakan lah tajuk "UNDANG-UNDANG SYARIAH

Bumi malaysia sudah sekian lama, telah menggunakan undang-undang syariah, walaupun masih tidak menurut kehendak alquran dan hadis. Sudah tiba masa, kepimpinan PAS, "mencantikkan", undang-undang syariah sedia ada, menuruti kehendak alquran dan hadis, ijmak serta qias. Perbetulkan undang-undang syariah sedia ada. Pindalah akta 355 setelah PR berkuasa.
War-warkan kepada masyarakat, PAS bersama masyarakat Islam akan memperbetulkan undang-undang syariah. 
Pergunakanlah  Istilah sedia ada untuk mencapai maksud dan tujuan demi agama islam.