Wednesday, October 26, 2011

Semangat Agama vs Faham Agama ( abu_sirr )

Penyokong PAS mempunyai semangat islam yang tinggi, namun, cara berfikir , cara bertindak dikalangan penyokong PAS atas ilmu yang mereka miliki , seolah-olah mereka ini cukup tidak faham dengan Ilmu. Tidak menunjukkan mereka ini faham Agama. ( Pinjam tajuk abu_sirr ).

Penyokong PAS mudah diperangkap dengan provokasi dimana mereka ini akan panik dan terus panik. Mereka cuba bangkit menunjukkan kekuatan atas ilmu yang dimiliki, tetapi kepanikkan yang terjadi menyebabkan kekuatan ilmu yang ditonjolkan telah memperlihatkan diri mereka ini kurang faham dengan ilmu yang dimiliki. Dengan lain perkataan, kurang faham Agama. Untuk menyelamatkan diri mereka, mereka mecipta istilah-istilah baru sebagai penyelamat buat diri mereka.

Hudud dan Qisas sedikit sebanyak membongkar betapa mereka ini tidak faham tentang Agama. Mereka ini tahu apa itu Hudud dan Qisas, mereka tahu peranan Hudud dan Qisas tetapi mereka tidak faham bagaimana hendak menyampaikan kepada masyarakat secara umumnya dimana pengaruh fikrah kepartian menyebabkan mereka ini tidak faham Agama.

Bila ditanya, Hudud dan Qisas untuk muslim sahaja ? Maka, majoriti penyokong PAS akan mengiyakan kerana itu adalah ucapan pemimpin PAS. Sesiapa yang bertanya persoalan sedemikian akan dianggap sebagai satu cubaan untuk mempersoalkan hukum ALlah swt. Dari persoalan itu, timbullah pelbagai jawapan yang mengambarkan mereka ini tidak faham atas nama tajuk kerana panik dengan komentar yang bersifat provokasi.

Atas nama tajuk, diwujudkan persoalaan , kemusykilan yang disulami dengan provokasi, maka lahirnya manusia yang suka yang mengeji , mempertikaikan iman, aqidah dan amalan pihak yang bertentangan, sehingga mereka ini lupa untuk mengkaji secara menyeluruh. Maka, untuk mengheret mereka kedalam ruang lingkup pengkajian, maka, cara mengerakkan otak-otak mereka ini dengan membuat provokasi seterusnya dengan memasang jerat-jerat ilmu atas ilmu.

Dari situ, terhasillah ilmu-ilmu dari penyokong PAS yang berilmu lalu terus melontarkan ilmunya untuk menunjukkan mereka ini mempunyai kekuatan untuk menjawab persoalan-persoalan. Tidak dinafikan, ilmu yang mereka lontar itu memang benar. Tetapi sayang, disebabkan kepanikkan, ilmu yang benar tu, kelihatan seperti batil apabila istilah baru diwujudkan sebagai penyelamat dengan harapan dapat mematikan persoalan-persoalan yang ditimbulkan.

Pandangan diatas akan dibuktikan dengan 'insiden-insiden" yang berlaku.

Persoalan yang diutarakan, benarkah Hudud dan Qisas hanya untuk Muslim Sahaja ?

kes pertama : Dengan tegas mereka ini menjawab, Hudud dan Qisas UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA. Hudud dan Qisas ini memang tertakluk kepada orang islam sahaja. Itu lah jawapan mereka.

Lalu dipetik hadis-hadis yang menunjukkan, terdapat pelaksanaan hukuman terhadap orang kafir, seperti hadis yang diriwayatkan dalam sahih muslim dari Abdullah bin Umar r.a yang bermaksud
"Sesungguhnya pernah suatu ketika dua orang Yahudi lelaki dan perempuan yang berzina dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w berangkat menemui orang-orang Yahudi lalu bertanya: Apakah hukuman ke atas orang yang melakukan zina sebagaimana yang terkandung di dalam kitab Taurat? Mereka menjawab: Kami akan mencontengkan muka mereka dengan warna hitam, dan menaikkannya di atas kenderaan dalam keadaan beriringan, kemudian kami membawa mereka mengelilingi jalan. Selanjutnya baginda berkata: Datangkanlah kitab Taurat itu sekiranya kamu berlaku jujur. Kemudian mereka mengambil kitab Taurat dan membacanya. Ketika bacaan mereka sampai pada ayat rejam, tiba-tiba dia meletakkan tangannya di atas ayat tersebut dan dia hanya membaca ayat yang sebelum dan selepasnya. Abdullah bin Salam yang turut bersama Rasulullah s.a.w pada waktu itu berkata kepada beliau: Perintahkanlah dia supaya mengangkat tangannya. Pemuda tadi lalu mengangkat tangannya. Dan ternyata ayat yang ditutupinya itu ialah ayat rejam. Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kedua orang yang berzina tadi dihukum rejam. Lalu hukuman itupun dilaksanakan. Abdullah bin Umar berkata lagi: Aku adalah termasuk daripada mereka yang ikut merejam mereka. Dan aku melihat lelaki tersebut berusaha mengelak dari rejaman batu itu" ( Hadis 1 )


Hadis ini membuktikan memang wujud dan memang berlaku, orang kafir dikenakan hukuman HAD.


Kes kedua : Mereka ini menjadikan seolah-olah hudud dan qisas ini hanya lah pilihan ke atas orang kafir yang berstatus zimmi.

Lalu dipetik riwayat dari Abu Daud dan Nasaa'i dimana Saidina Ali r.a berkata yang bermaksud
"Dan tidaklah boleh dibunuh orang mukmin dengan sebab membunuh orang kafir, dan tidak boleh dibunuh juga orang kafir yang mengikat janji setia selama berlaku perjanjiannya itu.” ( hadis 2 )

Riwayat ini telah mengambarkan seorang muslim itu akan diqisas SEKIRANYA membunuh seorang kafir zimmi . Hukuman itu bukan bersifat pilihan ke atas non muslim, tetapi kemestian sebagaimana dimaksudkan dari hadis itu dan ini menunjukkan orang kafir zimmi juga terikat dengan undang-undang syariah dan dilindungi dibawah undang-undang syariah. Undang-undang syariah bukan lagi bersifat pilihan buat diri orang kafir itu, tetapi satu ketetapan ke atas pemerintahan islam.

Akibat terperangkap dengan ilmu atas ilmu, maka, satu lagi penyelamat digunakan untuk menyelamatkan keadaan iaitu penggunaan perkataan "KHILAF".

Apabila istilah KHILAF digunakan, bermakna terdapat dua pendapat yang PASTI berbeza, yang mana, ada pendapat mengatakan hudud dan qisas juga dikenakan keatas orang kafir yang melakukan kesalahan dan satu lagi pendapat mengatakan hudud dan qisas tidak dikenakan ke atas orang kafir.

Jadi, penyokong PAS dan pemimpin PAS hanya berpegang pada satu pendapat sahaja iaitu tidak mengenakan hudud dan qisas ke atas orang kafir. Mereka ini lupa atau sengaja atau menyembunyikan atau salah satu diantaranya, kerana tidak mahu berpegang pada pendapat satu lagi, yang mana melahirkan satu persepsi, seolah-olah ianya untuk meraih undi dari non muslim sebagai satu matlamat. Tidak boleh disalahkan mereka jika itu objektif mereka tetapi mereka menafikan apabila diperkatakan persepsi sedemikian.

Berbalik pada kes 1, disebabkan panik, penyokong PAS ini hilang tumpuan, apabila hadis dari Abdullah bin Umar r.a ( hadis 1 ), penyokong PAS mengatakan, hadis tersebut digunapakai oleh orientalis untuk menolak pelaksaan hudud, sedangkan perkara yagn dibincangkan bukan isu penolakkan pelaksanaan hudud. Isu yang dibincangkan menunjukkan berlaku pelaksanaan hudud ke atas orang kafir sebagaimana dibuktikan ianya berlaku didalam hadis 1.

Akibat fikrah kepartian yang menebal, dilanda kepanikan, istilah baru diwujudkan demi menyelamatkan keadaan. Tercetus istilah baru seperti Hudud Taurat, Hudud Islam, Demokrasi Syar'ie demi memenuhi nafsu-nafsu kepartian.

Mewujudkan istilah baru,seolah-olah mereka ini tidak faham Agama. Istilah Hudud Taurat dan Hudud Islam, apabila diminta penjelasan dari mereka, malah diminta dari mereka, untuk membezakan bagaimana mengenali hudud taurat dan hudud islam, ternyata mereka gagal. Apabila gagal memberi pencerahan, ternyata, mereka melakukan penyelewangan atas ilmu disebabkan dikuasai nafsu kepartian dan fikrah kepartian.

apabila tiada penjelasan bagaimana hendak membezakan hudud taurat dan hudud islam, ditimbulkan pula cerita mansuh.. ( mansyukh ). Perkataan Mansuh hendak digunakan pakai, dijangkakan, hanyalah untuk memadamkan berberapa fakta didalam kitab taurat supaya dapat di selarikan dengan istilah baru mereka itu iaitu hudud taurat. Hal ini, Perkara ini telah menjadi perangkap buat mereka sendiri, kerana, terdapat perkara yagn disebut dari kitab taurat tidak dimansuhkan, malah ianya diguna pakai didalam draff Hudud.

Surah Al Ma'idah ayat 45 yang bermaksud
" Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."


Dalam ayat itu, Allah telah menetapkan didalam taurat, bentuk hukuman qisas. Bentuk hukuman qisas ini digunapakai didalam draff hudud yang dirangka oleh PAS merujuk kepada Seksyen 37, 38 dan 39. Sila rujuk ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU.

pada seksyen 39 : Jenis-jenis Kecerderaan Badan, menyebut

Bagi tujuan menjatuhkan hukuman, kecederaan badan hendaklah dibahagikan seperti berikut:

  • "(a) itlaf-al-udhw (menyebabkan putus mana-mana anggota badan atau kecederaan sesuatu bahagian atau anggota tubuh badan);

  • (b) itlaf-solahiyyatu-al-udhw (menyebabkan kebinasaan atau kelemahan selama-lamanya fungsi atau kegunaan sesuatu anggota badan, atau merosakkan rupa anggota itu selama-lamanya);

  • (c) syajjah (menyebabkan kecederaan di kepala atau muka yang mana kecederaan itu tidak termasuk dalam takrif itlaf-al-udhw atau itlaf-solahiyyatu-al-udhw);

(d) jurh (menyebabkan luka kepada mana-mana bahagian badan selain daripada kepala dan muka yang mana luka itu meninggalkan suatu tanda atau parut sama ada sementara atau kekal); dan


  • (e) kesemua kecederaan badan yang lain."

Dalam ayat 45 surah al Ma'idah ada menyentuh perihal jiwa dibalas jiwa sebagaimana disebut didalam kitab taurat.

Dalam Enakmen draff Hudud Terengganu, pada seksyen 27 dan 28 juga menyentuh perkara yang disebut didalam kitab taurat.

Tidak semua dalam kitab-kitab terdahulu , dimansuhkan sama sekali apabila kitab al quran didatangkan, maka, istilah "hudud taurat" tidak tepat semasa sekali jika ianya cuba dijadikan penyelamat atas nafsu kepartian.

Sekiranya ada pihak berkata ianya hanya lah agenda politik meraih undi apabila mengatakan hudud untuk muslim sahaja itu , usah berkelakuan seperti orang yang pedih ulu hati. Cari lah jawapan yang sebaik mungkin atas pernyataan tersebut ( agenda politik meraih undi ). Jawapan diperlukan untuk mengimbangi antara satu sama lain supaya ianya tidak menjadi perangkap buat diri sendiri.