Tuesday, September 29, 2009

Wala' digunakan untuk menutup kelemahan.

Wala' perkara baik, tetapi disalahgunakan. Disalahgunakan untuk menutup kelemahan. Wala' tidak digunakan dalam konteks begini

Wala’ dalam konteks sebuah gerakan Islam adalah bererti wala’ kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan jemaah secara jam’ie dan bukannya wala’ kepada individu yang memimpin ataupun wala’ kepada keputusan pimpinan yang dibuat di luar mesyuarat.Sumber
Sebelum konteks itu diikuti, terlebih dahulu, satu keputusan secara jam'ie mesti dibuat hasil dari keputusan pemimpin. Terjadi kini, keputusan dibuat diluar mesyuarat terlebih dahulu, dan apabila kecoh, baru dibawa ke mesyuarat untuk mendapatkan keputusan dari mesyuarat. Apa ke hal nya ?

Buat keputusan secara individu atau kumpulan kecil ( contoh : perjumpaan gelap dalam isu muzakarah ), lepas tu kecoh, bila tak dak arah dah hendak dipertahankan, maka, dipalunya gendang wala'.

Saturday, September 26, 2009

Tidak mengatakan 'agama suku, politik suku', adakah itu syarat utama BERAQIDAH ?

Tidak mengatakan 'agama suku, politik suku', adakah itu syarat utama BERAQIDAH ? Jika ya, apa penjelasan? Jika tidak, kenapa kelompok tertentu begitu beriya-iya melabelkan kelompok yang lain dengan pelbagai jenis label, melabelkannya sebagai kufur, kafir, fasik dan terbarunya bersyaitan ? ( Kutuk itu ini, kelompok tertentu dalam puak ni lah jugak beriya riya buat berjumpaan gelap )

Jika kelompok tertentu mengatakan 'agama suku, politik suku', adakah aqidahnya cacat atau tidak beraqidah ? Jika aqidahnya cacat, maka, mereka ini masih beraqidah tentunya. Kenapa hendak dikatakan mereka ini tidak beraqidah ? Tidak beraqidah sudah sudah membawa maksud kufur dan kafir. Ya atau tidak ? Berumpamaan, jIka insan yang dilahirkan cacat, adakah insan itu bukan manusia ? Apa jua jenis kecacatan, dia masih seorang manusia. Dan kecacatan yang terjadi pada insan bukan kata putus untuk mengatakan bahawa insan itu bukan manusia. Dan, sekiranya berlainan fahaman politik, perlukah kita sewenang-wenangnya mengatakan mereka ini kufur dan kafir, iaitu tidak beraqidah ?

Jika tidak sempurna wudhu’, amalan solat tidak diterima. Memang benar, kerana syarat utama untuk bersolat adalah mesti mengambil wudhu' yang sempurna. Tanpa wudhu', solatnya tidak sah. Mengenai aqidah, ambe ulangi, adakah dengan tidak mengatakan 'agama suku, politik suku', merupakan syarat utama untuk BERAQIDAH nya insan ? Adakah status atau syarat BERAQIDAH hanya berpaksi pada ucapan yang tidak mengatakan mengatakan 'agama suku, politik suku' ?

Dari segi istilah 'aqidah' bererti 'kepercayaan', 'keyakinan' atau 'keimanan' yang mantap. Keyakinan, kepercayaan dan keimanan pada perkara apa ? Sudah tentu, akan dikatakan pada perkara mengEsakan Allah swt. Mengakui kewujudan-Nya. Sudah tentu beri'tiqad bahawa Allah swt bersifat Maha Esa, Maha Pecipta dan Tuhan sekelian serta sebagainya, dan memenuhi konsep tauhid Rububiyyah.

Di ikuti pula dengan konsep tauhid Uluhiyyah iaitu melakukan ibadat sepertimana dituntut, dalam mentauhidkan ALlah swt.

JIka 2 konsep tauhid ini, difahami dan diamalkan oleh setiap insan, muslimkah mereka atau kafirkah mereka ? Beraqidahkah mereka atau kufurkah mereka ?

Hanya pesanan dan peringatan dari hadis ...

Umar R.A berkata: Rasulullah saw bersabda:-
"Apabila seseorang menyeru kepada saudaranya: Wahai kafir, maka sungguh akan kembali sebutan kekafiran tersebut kepada salah seorang dari keduanya. Bila orang yang disebut kafir itu memang kafir adanya maka sebutan itu kena untuknya, bila tidak maka sebutan kafir itu kembali kepada yang mengucapkan." (Sahih Bukhari)

Abu Dzar R.A juga meriwayatkan sabda Rasulullah saw :
"Siapa yang menyeru kepada seseorang dengan sebutan kekafiran atau ia mengatakan: Wahai musuh Allah, sementara yang dituduhnya itu tidak demikian maka sebutan tersebut kembali kepadanya." ( Sahih Muslim )