Monday, June 29, 2009

Antara PAS dan Presiden, Mana Lebih diutamakan ?

JIka wa tanya soalan ini kepada pro hadi awang, antara Parti pas dan Presiden PAS, yang mana lebih diutamakan ? Jawapan, pro hadi awang, sudah tentu mengutamakan kedua duanya. tetapi, mereka lupa untuk melebihkan keutamaan pada satu perkara sahaja.

Jawapan yang mampu kalian berikan, mengambarkan mentaliti kalian, rela mengadaikan parti demi seorang manusia. JIka tidak, apa rasionalnya ?

Sekiranya PAS berkubur, maka akan hilanglah identiti. Maka hilanglah perjuangan.. maka hilanglah harapan....Maka hilanglah Kemuliaan dan kesyumulan Islam yang diperjuangkan selama ini..... JIka Presiden PAS berundur, PAS tetap disitu, identiti masih disitu, perjuang tetapi diteruskan, harapan tidak pernah pudar, malah presiden PAS akan berganti. Tetapi tidak dengan PAS. Ya atau tidak ? Sila jawab jika kalian benar-benar pejuang islam sejati yang boleh jawab punya...

PAS...tidak pandai penipu, pas tidak pandai berbohong, PAS tidak pandai ujub, PAS tidak pandai taksub, PAS tidak pandai jumud, PAS tidak pandai bermuka-muka, PAS tidak pandai memintak itu ini dari musuhnya, pas tidak pandai dalam apa jua bentuk yang bersifat negatif merosakkan manusia didalamnya. PAS hanya ikut, dan faham, dan mengerti DASAR DASAR yang diletakkan pada nya. PAS hanya mengerti, perjuang yang akan diteruskan...sehingga dasar dasar didalam nya dapat dicapai...

Tetapi, manusia, yang berada didalam PAS, bergelar sebagai pemimpin, bergelar pengikut, berpeluang menjadi penipu, berpeluang bercakap bohong, berpeluang menjadi ujub, berpeluang menjadi taksub, berpeluang menjadi jumud, berpeluang untuk bermuka muka, pandai memint aitu ini dari musuhnya dan berpeluang untuk membuat pelbagai perkara yang bersifat negatif yang merosakkan Parti.

Sekiranya, jika itu yang tergambar dan terfikir dibenak-benak kalian dan mengakuinya, sanggupkan kalian menrobek-robekkan PAS demi maruah seorang presiden ?

Menjawablah dengan akal yang rasional... bukan menjawab dengan perasaan yang meronta-ronta...

Tepuk dada tanya iman.

Friday, June 26, 2009

Jumud Sebahagian Daripada Sikap

Cara kita bertindak, cara kita berfikir, cara kita memberi respon, cara kita menerima respon, cara kita berhadapan dengan kritikan, cara kita dalam memberi kritikan, dan pelbagai cara, jika tersalah letak, tersalah adunan, tersalah penyampaian, kita akan berhadapan dengan JUMUD. Sebab jumud itu sendiri sebahagian daripada sikap. Jika bukan sebahagian daripada sikap, apa sebenarnya ?

JIka jumud bersifat objektif, senang memberi pilihan. Dek kerana jumud bersifat subjektif, pelbagai versi tafsiran jumud pada individu, walhal jumud tu sudah jelas tafsiran dan mengertiannya. Dek kerana pelbagai versi tafsiran jumud, maka, perkataan Jumud digunakan sewenang-wenang nya bagi menepati citarasa perjuangan yang ada pada dalam diri, sebagaimana satu contoh ayat oleh forumer TKO, "Jumud kepada perjuangan islam". Lain-lain pun terus ambil sebagai input berguna. :).

Kita tahu, Islam yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw, dan disambung oleh para sahabat nya dan seterusnya, mereka berjuang dengan istiqamah, ikhlas, rasa tanggungjawab dan amanah, dan pelbagai rintangan serta pergorbanan, dan mereka tidak berjuang dengan kejumudan. Mereka berjuang dan menyebarkan islam, bukan kerana sikap, tetapi kerana keimanan. Semua tahu kisah, seorang buta Yahudi yang mengutuk rasulullah saw walaupun rasulullah saw menyuap nasi pada yahudi buta itu. SIkap apakah yang ditonjol oleh Rasulullah saw ketika itu ? Sebab itu wa katakan tadi, jumud ini sebahagian daripada sikap. SIkap kita akan menjadi penentu untuk dilihat boleh membawa kebaikan atau sebaliknya. Dan berbalik kisah Rasulullah saw itu, bagaimana Rasulullah saw bertindak, berfikir, memberi respon, menerima respon, berhadapan dengan kritikan, memberi kritikan ? Semua ini ada pada diri kita yang selalu mengembar gemburkan mencuba untuk menteladani Pekerti Rasulullah saw ? Sambil mendabik dada.. aku lah pejuang islam ?

Jika bawa kisah sebegini, mesti ada yagn tidak puas hati lalu membandingkan sikap tegas saidina umar ra. :). Kalian semua tahu, setegas tegas saidina umar ra, sahabat ini dikritik oleh rakyatnya sendiri sebagaimana kisah yang berlaku dimana seorang ibu membohongi anaknya yang kelaparan lalu anak itu tertidur, dan saidina umar menerima kritikan dan celaan setelah bertanyakan kepada ibu tersebut kenapa si ibu itu berbohong pada anaknya yagn kelaparan. Dan kita tanya pada kita, ikhtibar yang kita boleh serap kedalam diri kita tentang sikap saidina umar ra ketika itu , Bagaimana sikap saidina umar ra ketika itu dalam berfikir, menerima respon, berhadapan dengan kritikan dan seterusnya bertindak ? Sekali lagi wa kata. jumud adalah sebahagian daripada sikap. Dan kita bandingkan diri kita sepanjang berada di TKO, jumud atau sebaliknya ?

Pantang dikritik, pantang menerima respon negatif, pantang kontra fikiran, mula bertindak yang menzahirkan sikap jumud dan apabila dikatakan jumud, terus bertindak lagi memberi respon negatif tanpa menilai dek kerana taksub yang menjumudkan.

Ayat Alquran bukan untuk berdakwah..tetapi lebih kepada mempertahankan taksub masing masing

HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Hujuraat: 11)

Hmmmm... demi mempertahankan diri, mempertahankan kelompok mereka ( pas atau umno ), sewenang wenangnya mempergunakan ayat alquran tanpa diselidik punca ayat alquran itu diturunkan. Jika penggunaan ayat alquran sebagai peringatan antara satu sama lain, tak lah plak akan nampak ayat al quran itu dipergunakan untuk kepentingan peribadi/kelompok. '

Pas mencemuh UMNO, UMNO mencemuh PAS.Benda yang tidak berkesudahan.

Tiada upaya Pro UMNO mempertahankan diri, digunakan ayat alquran surah al Hujurat ayat 11. Ayat sebelum dan selepas ayat 11 tak plak dibawa bersama.

Begitu juga perangai PRO PAS. Tiada upaya mempertahankan diri, digunakan ayat alquran untuk memperkemaskan hujah/pandangan masing masing.

Kesudahannya ayat ayat alquran semacam disepak terajang kesana kemari untuk misi kemenangan, bukan misi dakwah atau peringatan sesama muslim.

Dari Minda sp4n4r

Ambe ni tak reti menulis. Minda ambe ni tak synchronize dengan jari jejamari ambe dalam mengetuk keyboard. Lain ambe fikirkan, lain ambe tuliskan. Setiap perkara yang ambe tulis, ambe tulis aja, dan susun atur bahasa ambe, adakala mudah, adakala sebaliknya. Mungkin ada yang berbunga.

Tujuan ambe menulis adalah mengisi ruang kosong yang diabaikan oleh mereka, kerana pada mereka ruang kosong itu tidak membawa apa-apa perubahan.

Mutiara kata
"Jika kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu.Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.

Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.

Jika kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".